Lari Pagar 2


CARA DAN TEKNIK LARIAN

           
Pelari bebas menggunakan sebarang teknik yang mereka fikirkan sesuai dan dapat meningkatkan  kepantasan lariannya. Oleh sebab acara ini tergolong sebagai acara pecut, maka terdapat beberapa persamaannya dengan lari pecut.

PERMULAAN

           
Bagi mengambil bahagian dalam acara ini, seseorang itu perlu mengenakan peralatan dan pakaian yang sesuai, termasuk spikes. Permulaannya adalah seperti acara 100 meter biasa. Setelah semua pelari bersedia, mereka akan dipanggil ke garisan permulaan oleh pegawai perlumbaan. Permulaan akan dilakukan oleh pegawai pelepas dan pelari akan berlari mengikut lorong masing-masing. Penggunaan blok permulaan adalah digalakkan bagi memberi lonjakan yang kuat bagi permulaan larian. Selepas meninggalkan blok permulaan, dan dalam antara 8 hingga 10 langkah awal, pelari hendaklah melakukan pecutan sehingga mencapai pagar pertama 4.5m kemudian. Jumlah langkah pada peringkat awal, larian akan mempengaruhi larian keseluruhan peserta dalam acara ini.

SEMASA BERLARI

           
Setiap pelari hendaklah mempunyai tolakan kaki yang baik dan betul serta mampu melepasi setiap pagar yang dilalui. Mereka yang baru menceburkan diri dalam acara ini hendaklah mempelajari teknik yang betul membuat lompatan untuk digabungkan dengan larian mereka. Walaupun seseorang itu mungkin merupakan pelari 400 meter yang baik, tetapi tanpa teknik lompatan yang baik mungkin sukar baginya untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam acara 400 meter lari berpagar.
           
Pelari harus ingat bahawa lompatan dalam acara 400 meter berpagar sebenarnya bukanlah membuat lompatan, sebaliknya adalah larian dengan menggunakan langkah yang panjang dan tinggi. Dengan demikian pelari akan dapat membuat larian tanpa sebarang kelainan. Semakin jauh larian dibuat, semakin hampir pula pelari dengan sesuatu pagar, dan cara tidak lansung memberi kesan psikologi kepadanya untuk menamatkan larian dengan segera.

MENAMATKAN LARIAN

           
Oleh sebab acara 400 meter dikategorikan sebagai acara lari pecut, maka 400 meter lari berpagar ini juga turut tergolong dalam kategori yang sama. Selepas melepasi pagar terakhir, apa yang harus dilakukan pelari ialah berlari dengan lebih pantas ke garisan penamat. Walaupun kebanyakan sudah keletihan dan kurang terdaya untuk meningkatkan kepantasan, tetapi dengan perancangan larian yang betul, dia masih bertenaga dan mempunyai kekuatan untuk melakukan pecutan.


PANDUAN UMUM

           
Pelari acara 400 meter lari berpagar yang baik terutamanya peringkat antarabangsa, jika dilihat cara larian mereka adalah seolah-olah mereka berlari dalam acara 400 meter biasa. Cara lompatan mereka tidak menampakkan sebarang kelainan atau tidak mendatangkan sebarang masalah kepada mereka. Persamaan juga dilihat dalam cara membuat permulaan, teknik larian dan penamatan.
           
Dalam acara 400 meter lari berpagar, umumnya memerlukan tiga aspek utama dalam melakukan larian dan lompatan.

                          I.    Kepantasan larian sepanjang jarak 400 meter.
                        II.    Bilangan langkah yang sama di antara setiap pagar.
                       III.    Membuat lompatan yang baik dan berkesan.

Berikut adalah antara panduan yang boleh diikuti oleh para pelari untuk memulakan acara ini :

1.    Pelari hendaklah menggunakan blok permulaan untuk mendapatkan permulaan yang baik.

No comments:

Post a Comment