Lari Pagar 1


PENGENALAN

Lari berpagar merupakan satu acara larian melintasi rintangan iaitu pagar yang  memerlukan para atlit sentiasa berada pada tahap kecergasan yang tinggi. Acara lari berpagar ini melibatkan semua komponen kecergsan fizikal iaitu kepantasan, kekuatan dan daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kuasa, imbangan, masa tindakbalas, koordinasi, kelenturan dan ketangkasan.

            Oleh itu satu program khas harus dirancang untuk membina komponen-komponen kecergasan ini bagi menyediakan atlit menghadapi situasi pertandingan. Program latihan yang dirancang dibahagikan kepada beberapa fasa yang berunsurkan aspek-aspek dalam usaha membina kecergasan fizikal atlit. Dengan itu, seseorang jurulatih harus melengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan tentang perancangan dan perlaksanaan satu program latihan jangka panjang supaya program itu boleh mendatangkan  kesan yang positif di samping memastikan kejayaan yang cemerlang pada musim pertandingan.

            Seseorang jurulatih juga harus menitikberatkan aspek keselamatan dalam perancangan dan perlaksanaan satu program latihan agar atlit sentiasa berada dalam keadaan selamat dan boleh meneruskan aktiviti tanpa sebarang masalah atau kecederaan yang boleh mengganggu prestasi atlit.


SEJARAH

           
Lari berpagar atau dahulunya disebut lari lompat pagar dipercayai bermula di Great Britain pada abad ke-19. walaupun kebanyakan buku tentang sukan tidak menyebut dengan tepat tarikh atau tempat sebenar permulaan acara ini, bagaimanapun ramai pula mendakwa bahawa permulaan terawal yang menggunakan pagar bermula pada pertengahan abad ke-19, di sebuah sekolah di Bandar Eton, berhampiran kota London.

            Pada peringkat awal permulaan cara, lari berpagar diadakan untuk jarak 120 ela, 200 ela, dan 440 ela, dengan memasukkan 10 pagar pada setiap acara itu. Undang-undang dan peraturan ini diikuti dan kekal hingga kini. Dengan pertukaran daripada system Inggeris kepada system metrik kepada semua acara, maka lari berpagar juga turut terlibat. Dengan demikian, kini terdapat acara 100 meter, 110 meter dan 400 meter.

            Dalam acara lari berpagar, Britain adalah sebuah negara yang paling banyak melahirkan jaguh-jaguh bagi acara ini. Atlit Don Finlay telah memenangi  pingat gangsa semasa sukan Olimpik 1932 dan pingat perak dalam sukan Olimpik 1936 dalam acara 110 meter berpagar.. manakala pada tahun 1968 di Mexico City, David Hemery telah merangkul pingat emas dengan mencipta rekod dunia. Pada tahun 1972, sekali lagi David Hemery memenangi pingat emas di Moscow. Bagi atlit wanita, pada tahun 1984 Shirley Strong telah memenangi pingat perak dalam acara 100 meter berpagar di Los Angeles.

OBJEKTIF

           
Objektif penulisan ini adalah untuk mengetahui serba sediki mengenai sejarah lari berpagar. Di samping itu untuk memperkenalkan langkah ansur maju di dalam lari berpagar dari peringkat mula hinggalah ke peringkat penggunaan pagar.

            Amatlah perlu satu pendekatan berdasarkan latihan yang telah diubahsuaikan untuk mewujudkan satu cara pengajaran dalam ansur maju lari berpagar berpandukan kepada kebolehan dan peringkat umur pelatih. Ini bererti langkah-langkah ansur maju ini berdasarkan kepada prinsip pembelajaran psikomotor dan prinsip mekanik yang melibatkan kognitif yang amat sesuai bagi pelajar-pelajar yang baru mempelajari lari berpagar. Di samping itu juga, kita hendaklah mengetahui fasa-fasa di dalam lari berpagar, kesalahan-kesalahan yang perlu diperbaiki dan mencadangkan beberapa aktiviti fizikal yang khusus mengenai lari berpagar.

            Dengan adanya objektif-objektif ini, akan memberikan kefahaman kepada kita bahawa acara lari berpagar ini bukan hanya setakat satu acara dalam olahraga malah satu pengetahuan saintifik yang amat berguna kepada golongan pendidik khasnya.





 

 

 

 



















 

PERALATAN DAN UKURAN


Ukuran

           
Bagaimanapun ketinggian pagar untuk keempat-empat acara ini adalah berbeza-beza. Begitu juga dengan jarak kedudukan pagar antara satu dengan lain juga berbeza-beza. Rajah berikut menunjukkan kedudukan serta ukuran pagar dalam kemepat-empat acara dalam kumpulan acara lari berpagar.

 

 

ACARA


TINGGI
PAGAR
Jarak Antara Garisan Permulaan Dengan Pagar Pertama

Jarak
Antara
Pagar
Jarak Antara Pagar Akhir Dengan Garisan Penamat

100 m wanita

110 m lelaki

84 meter

1.076 meter


13 meter

13.72 meter

8.5 meter

9.14 meter

10.5 meter

14.02 meter

400 m wanita

400 m lelaki

76 meter

91.4 meter


45 meter

45 meter

36 meter

35 meter

40 meter

40 meter



























 





























 

 









 

 


GAMBAR DAN UKURAN  PAGAR






Jika diteliti, sebenarnya acara lari berpagar ini adalah gabungan daripada acara lari pecut dan lompat tinggi. Pelari atau pelompat pagar akan berlari secepat mungkin dan membuat lompatan untuk melepasi setiap pagar yang diletak di dalam lorong lariannya. Pagar dalam acara ini adalah lebih ringan daripada pagar untuk lari 3000 meter berhalangan, dan mudah terjatuh jika disepak atau disentuh oleh pelari.

Matlamat pelari ialah menamatkan larian pada suatu jarak yang ditetapkan dengan melompat melepasi setiap pagar atau halangan yang dipasang atau diletakkan sepanjang jarak itu. Dalam melakukan lompatan, pelari dibenarkan menjatuhkan tidak lebih daripada dua pagar. Sekiranya pelari menjatuhkan lebih daripada jumlah itu maka lariannaya akan dibatalkan. Larian seseorang boleh dibatalkan sekiranya dia membuat lompatan dengan sebelah kakinya berada di luar pagar. Kelajuan dalam membuat lompatan pada setiap pagar merupakan aspek utama dalam lari berpagar ini.

 

 

 

 

PERALATAN

           
Seperti yang dapat dilihat pada namanya, acara ini adalah berlari sambil melompat pagar. Jafdi peralatan utama untuk acara ini ialah pagar atau hurdles. Semuanya terdapat sepuluh pagar yang digunakan untuk setiap acara ini. Hanya kedudukan atau jarak antara satu pagar dengan pagar yang lain sahaja berbeza-beza, yakni mengikut jarak acara.
           
Ketinggian pagar bergantung kepada jenis acara. Ini bermakna pagar yang digunakan untuk acara wanita adalah lebih rendah daripada pagar yang digunakan untuk acara lelaki. Begitu juga dengan pagar yang digunakan untuk acara 110 meter lelaki adalah lebih tinggi daripada pagar yang digunakan untuk bahagian yang sama tetapi untuk acara 400 meter lari berpagar, perbezaan pada ketinggian ini adalah bagi menyesuaikan larian dan jarak serta jenis jantina.
           
Selain pagar, tiada peralatan lain yang digunakan kecuali balapan atau lorong mengikut jenis acara. Pagar hendaklah dipasang sebelum bermula sesuatu acara larian berpagar. Pegawai pertandingan hendaklah memastikan supaya setiap pagar diletakkan pada kedudukan dan tempat yang betul. Semua lorong larian hendaklah bebas daripada sebarang gangguan.

 









ACARA-ACARA LARI BERPAGAR

           
Sebagai salah satu acara larian yang menarik, lari berpagar disertai oleh lelaki dan juga wanita. Terdapat beberapa acara dalam acara lari berpagar ini. Disebabkan jarak yang ditetapkan untuk semua acara ini tergolong sebagai jarak untuk lari pecut, bermakna acara lari berpagar adalah juga acara lari pecut yang sudah tentu memerlukan latihan yang laju dan pantas daripada pelarinya.
           
Sebagai acara lari pecut, sudah tentu lari berpagar merupakan acara yang menarik dan diminati ramai. Terdapat dua acara lari berpagar untuk lelaki dan dua acara lari berpagar untuk wanita, seperti yang disenaraikan dalam kebayakan perjumpaan olahraga antarabangsa dan diluluskan oleh IAAf. Acara-acara itu adalah seperti berikut :

LELAKI

110 METER
400 METER
WANITA
100 METER
400 METER

100 METER LARI BERPAGAR

           
Mungkin ramai daripada kita akan tertanya-tanya kenapa jarak acara ini tidak sama dengan jarak yang digunakan untuk lelaki. Mungkin ada antara kita juga yang tertanya-tanya kenapa tidak diadakan sahaja acara lari berpagar wanita mengikut jarak yang sama dengan lelaki. Sebenarnya jarak yang digunakan untuk wanita ini sudahpun diputuskan oleh IAAF sebagai jarak paling sesuai.
           
Acara 100 meter lari berpagar untuk wanita ini sebenarnya mula diperkenalkan pada Sukan Olimpik di Mexico pada tahun 1968. sebelum ini acara ini dilarikan pada jarak 80 meter sahaja, yang diperkenalkan dalam Sukan Olimpik tahun 1928. Kini dalam perjumpaan setiap olahraga di mana-mana peringkat, acara 100 meter lari berpagar ini sudah menjadi acara yang mesti dipertandingan. Malah sambutan peserta dan orang ramai terhadap acara ini amat menggalakkan.

            Walaupun jarak untuk acara lari berpagar wanita dipendekkan sedikit daripada jarak lelaki, namun jumlah pagar yang digunakan adalah sama bantak iaitu sepuluh semuanya. Hanya kedudukan atau jarak antara satu pagar dengan pagar yang lain dipedekkan. Pagar yang digunakan untuk acara ini juga adalah jauh lebih rendah daripada pagar yang digunakan untuk acara 110 meter lelaki.
           
Tidak dapat dinafikan, iaitu untuk berlari pecut serta membuat sepuluh kali lompatan untuk melepasi pagar bukanlah mudah, apatah lagi yang melakukannya ialah wanita. Ini bermakna setiap orang yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini harus  mempunyai dua kemahiran yang tinggi untuk digabungkan bersama dalam satu acara. Walau bagaimanapun, menerusi latihan yang terancang, kedua-dua kemahiran dapat disebatikan pada diri pelari acara ini.

No comments:

Post a Comment