Apakah Kecergasan


Apakah Kecergasan.

Ahli-ahli fisiologi menyatakan bahawa kecergasan merupakan satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga lebihan untuk digunakan di masa kesenggangan dan ketika di dalam keadaan kecemasan. lni secara keseluruhan melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi dan kecergasan fisiologi. Kesemua ini ditentukan pula oleh persekitaran, keturunan atau baka dan cara hidup seseorang itu.

Konsep kecergasan merangkunii aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan itu adalah syumul yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan sangatlah perlu bagi seseorang oleh kerana kesihatan yang tinggi dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkiin membahayakan diri.

Berdasarkan kepada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa kecergasan adalah bak perseorangan yang perlu ditingkatkan bagi mencapai kehidupan yang sihat dan cergas. Menurut ahli fisiologi kecergasan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu aspek kesihatan dan perlakuan motor.














Kecergasan yang berlandaskan kepada kesihatan.

Kompenan yang terlibat di dalam kecergasan aspek kesihatan iiii adalah seperti berikut:

a.    Daya tahan kardiovaskular.

b.    Daya tahan otot

c.    Kekuatan otot

a.     Kelembutan

b.     Komposisi badan

Daya tahan kardiovaskular adalah kompenan yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Ia melibatkan daya tahan aerobik dan daya tahan anaerobik Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi efenyensi saluran darah, jantung dan paru-paru. Aktiviti yang berat memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang efisyen sebab situasi seperti ini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan oksigen membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut. Peningkatan kecergasan kardiovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat serta menjadikan jantung lebih sihat. Hasil daripada ini, peredaran darah menjadi lebih efisyen serta peningkatan kebolehan paru-paru ke kapasiti penggunaanya yang optima diteruskan dan oksigen boleh dibekalkan ke otot untuk mengelakkan keletihan dan kelesuan.


Daya tahan otot dan kekuatan otot pula boleh membantu seseorang inidividu dalam melakukan segala pergerakan dengan lancar dan mudah. Bila otot bertambah kuat, maka kerja-kerja biasa menjadi ringan dan individu dapat bekerja lama kerana anggota badan lambat lesu.

Kelembutan atau kerenggangan otot dan kelonggaran sendi membolehkan bergerak dengan licin tanpa sebarang rintangan. Keadaan begini dapat mengelakikan ke cederaan keatas otot-otot ketika individu itu melakukan gerakan yang kompleks atau pekerjaan yang sukar yang hendak dilakukan dalam keadaan kecemasan.

Peratusan lemak badan akan menentukan berat badan seseorang ituBerat badan yang lebih tinggi tidaklah begitu bahaya kepada kesihatan sekiranya kelebihan itu adalah dibaliagian otot. Tetapi sekiranya peratusan berat badan itu adalah dan kumpulan lernak,maka keadaan ini tidak sihat dan kemungkinan akan menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan pula. Kebolehan mengurangkan peratusan lemak yang tidak perlu oleh badan harus dijadikan satu amalan yang berterusan. Hanya melalui aktiviti fizikal dan dibantu dengan makanan yang seimbang dapat mengatasi masalah bertambahnya lemak dalam tubuh badan.

Kecergasan yang berlandaskan kcpada perlakuan motor.

Kompenan-kompenan kecergasan dalam aspek perlakuan motor terdiri daripada:

a.          Koordinasi

b.          Imbangan

c.          Ketangkasan

d.          Kuasa/daya

e.             Masa tindak balas

f.               Kepantasan

                        Aspek perlakuan motor dapat membantu dalam hal-hal yang bersabit dengan gerak kerja fizikal yang spesifik. Meningkatkan tahap kemahiran tersebut dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringan bebanan yang mungkin timbul ketika anda giat melakukan aktiviti yang lebih dan lakuan kebiasaan seperti mengangkat benda-benda yang berat.

                        Kemampuan motor dapat membantu dalam proses pencapaian kecergasan keseluruhan Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan kompenan perlakuan motor ini seperti berlari, lompat selang-seli dan senaman kalistenik yang dilakukan secara berterusan dapat melahirkan tubuh badan yang sihat dan kuat.





















Faktor -faktor yang mempengaruhi kecergasan.

Baka

Setiap manusia dilahirkan dengan kekuatan serta kelemahan tersendiri yang saling mempengaruhi saiz tubuh badan, kepandaian dan personaliti kendiri. Boleh dikatakan baka menentukau limitasi potensi kepada seseorang itu. Oleh itu, kecergasan fisiologi manusia hendaklah dibuat bersesuaian dengan keupayaan dan kebolehan fizikal individu itu.

Alam sekitar
Banyak kajian telah menyatakan bahawa alam sekitar dapat mempengaruhi status kesihatan inidividu. Alam sekitar juga dikatakan berperanan penting dalam menyekat perkembangan positif kendiri. Sebagai contoh, seseorang yang berada jauh dan kesibukan bandar akan merasai nikmat udara yang nyaman ketika berada di dalam alam sekitar yang penuh dengan pokok yang hijau dan di paras tinggi yang mana udara serta iklimnya lebih sejuk.Keadaan ini secara tidak langsung dapat memberikan sumbangan yang menggalakkan dalam perkembangan aktiviti-aktiviti fizikal.

Tingkahlaku.
Tingkah laku manusia dapat menentukan ke arah mana seseorang jim Sekiranya kecergasan yang optima yang dihajatkan maka tingkah laku yang positif terbadap pembinaan kecergasan fizikal itu harus diutamakan. Seseorang itu jika baka dan persekitaran yang baik tetapi sekiranya tingkahlakunya negatif maka kecergasan fizikalnya akan terganggu. Ia akan sentiasa berada dalam keadaan yang kurang sihat dan kerap mengalami tekanan emosi, sosial, fizikal dan mental yang melemahkan kecergasan diri.

Daya tahan otot

Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkart daya berulang­ulang bagi sesuatujangka masa tertentu atau otot-otot menguncup untuk suatu masa yang lama.


Komposisi badan
Lemak adalah salah satu kompenan struktural yang asas pada badan. Komposisi badan menekankan peratusan lemak dalam badan berbanding dengan berat badan yang terdiri daripada tulang dan otot-otot badan. Berat badan yang lebih tidak merbahaya jika pada otot-otot. Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu.








PROGRAM LATIHAN UNTUK LARIAN JARAK SEDERHANA

Olahraga adalah satu sukan yang terkenal di negara kita. Sukan ini terbahagi kepada dua babagian pertandingan iaitu acara balapan dan padang. Salah satu acara balapan yang terkenal ialah 1500 meter.

Acara 1500 meter adalah acara lari jarak sederhana dan ia memerlukan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, koordinasi, kelenturan, kekuatan dan taktik yang baik.

Jurulatih adalah pemangkin ke arah peningkatan prestasi seseorang atlit. Oleh sebab itu seseorang jurulatih perlu merangka pogram yang tersusun serta sistematik dan bersaintifik untuk mencapai kejayaan. Program yang disediakan harus merangkumi fasa persediaan, fasa pra pertandingan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa mempunyai tujuan dan objektif yang tertentu. Penyusunan program latihan ini perlu merangkumi keseluruhan aspek kecergasan fizikal yang berkaitan. Penekanan terhadap latihan akan berubah mengikut fasa­-fasa yang ditetapkan.


Objektif Latihan.

Objektif latihan terbahagi kepada dua:


Objektif keseluruhan

Objektif utama program latihan ini adalah untuk meningkatkan daya tahan diri seseorang atlit. Kaedah latihan yang dijalankan lebih untuk membina dayatahan otot, daya tahan kardiovaskular, sistem anaerobik, koordinasi, kekuatan dan teknik yang betul.


Objektif Khusus.

Program latihan ini khusus ditumpukan kepada persiapan atlit untuk menyertai   pertandingan dengan keadaan yang cukup bersedia. Semua aspek kecergasan diberi penekanan khusus melalui fasa-fasa yang dirangka beberapa minggu. Program mi juga berobjektifkan bahawa seseorang atlit akan bersedia dari segi psikologi dan fizikal.











Objektif-objektif Fasa Latihan.


Objektif Fasa Persedian.

Fasa persediaan yang dijalankan agak Iama berbanding fasa pertandingan yang lain. Di dalam fasa ini banyak dituumpukan kepada aspek penyediaan fizikal atlit.

i.     Meningkatkan dayatahan otot

ii.    Meningkatkan dayatahan kardiovaskular.


Jenis-Jenis Latihan Yang Dicadangkan.

i.     Latihan bebanan.

ii.    Latihanlitar.

iii.   Latihanjeda.

iv.   Latihan LSD

v.    Latihan Fartlek.



Objektif Fasa Pra Pertandingan.

Fasa mi lebih menumpulkan kepada aspek-aspek taktik untuk kemahiran.Kekerapan latihan ditambah untuk meningkatkan daya tahan fizikal.

i.     Menyesuaikan atlit dengan pertandingan sebenar.

ii.    Membaiki kelemahan / kekurangan yang terakhir.

iii.   Mengatur strategi dan taktik.











Objektif Fasa Transisi.

Latihan pada fasa ini adalah untuk merehatkan otot. Walaupun begitu latihan berbentuk riadah digalakkan untukmengelakkan prinsip unduran berlaku.

i.     untuk mengekalkan tahap kecergasan dengan aktiviti sederhana tingginya.

        ii.     masa untuk pemulihan.

iii.   rehat aktif.

iv.   refleksi.



Jenis-Jenis Latihan yang Dicadangkan.

1.     Latihan Fartlek
2.     Latihan LSD.

 

 

 

 

 

 

 

 

















 



 

Kesimpulan


Penghasilan tugasan ini adalah bertujuan untuk mengenali serta mempertingkatkan lagi pengetahuan berkaitan dengan olahraga, terutama sekali dalam acara larian seperti lari pecut, lari jarak sederhana serta larian jarak jauh. Oleh kerana olahraga meliputi banyak acara dan corak latihan yang pelbagai, pengetahuan dan pemahaman seseorang jurulatih tentang kaedah pengajaran kemahiran , teknik serta latihan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan kecergasan atlit penlu diberikan perhatian yang sewajarnya bagi menghasilkan atau melahirkan atlit yang mampu bersaing diperingkat yang lebih tinggi.

Setiap jurulatih olahraga perlu memberikan komitmen yang tinggi semasa merancang dan mengendalikan sesi latihan bersama atlit kerana corak latihan dalam olabnaga sebenarnya lebih bercorak individu dan sistem latihannya agak membosankan seandainya tidak disusun dan dirancang dengan sebaik mungkin.

Berpandukan kerja tugasan ini adalah diharapkan ianya dapat memberikan panduan , maklumat serta menjadi rujukan kepada jurulatih baru yang akan dilahirkan menerusi program ini

 

 

 

 

 

 

 

 











MEMANASKAN BADAN



Terdapat tiga fasa dalam aktiviti memanaskan badan. Fasa-fasa berikut ialah

1.         Fasa umum laitu menaikkan suhu badan supaya darah dapat mengalir dengan lancar. Contohnya aktiviti seperti I — 2 minit jogging, lompat dan lain-lain , bergantung kepada keadaan persekitaran.

2.         Kelonggaran sendi dan keregangan otot: adalah untuk mobiliti yang efisyen dan mencegah ketegangan otot dengan aktiviti berrnula dan kepala hingga ke kaki atau sebaliknya.

3.         Fasa spesifik adalah khusus kepada acara atau pertandingan dijalankan.


Tujuan / Faedah Memanaskan Badan



I.          Untuk mengalirkan darah keseluruh anggota badan bagi meningkatkan suhu badan dan otot-otot dalam tubuh.

2.         Dengan meninggikan suhu otot-otot tertentu, ia juga dapat menolong melonggarkan dan meregangkan tendon , ligaman dan
tisu-tisu lembut.

3.         Dapat mengurangkan risiko kecerderaan pada tisu otot, ligamen. dan tendon semasa melakukan aktiviti yang kompotitif.

4.         Mencapai mobiliti anggota bagi melakukan sesuatu aktiviti.

5.         Dan segi psikologi akan membeni keyakinan kepada seorang atlit untuk menghadapi sesuatu aktiviti mengikut tarafpencapaian.

6.         Untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang tekanan terkejut.

7.         Mencegah ketegangan otot ( musle crymph)

No comments:

Post a Comment